Tuesday, August 11, 2009

Kenapa ramai tak suka MLM?

Multi Level Marketing adalah trend perniagaan yang sangat terkenal masa kini. Banyak syarikat-syarikat di pasaran yang menggunakan cara MLM untuk menjual produk mereka, ini kerana syarikat-syarikat ini dapat menjimatkan kos marketing dan advertising, kerana kesemua kos ini akan ditanggung oleh ahli-ahli MLM yang berdaftar dibawah syarikat mereka.

Berdasarkan buku hasil karangan Mohd Rozani Pawan Chek bertajuk 'Menjadi Jutawan MLM', sebanyak 35% daripada jumlah jutawan di Malaysia adalah jutawan MLM, manakala di Amerika, 20% daripada 500,000 jutawannya adalah jutawan MLM. Jadi, memang adalah fakta bahawa MLM adalah salah satu cara perniagaan yang mampu menjaga pendapatan yang lumayan kepada pengusahanya.

Jika anda ingin melihat contoh kejayaan orang lain, sila ke laman web http://www.saifulsham.com/. Laman web ini dimiliki oleh Sabri dan Syazwan, graduan dari Universiti Teknologi Petronas. Mereka memulakan perniagaan internet tanpa modal, dan kini mempunyai pelanggan dari serata dunia. Kedua-dua mereka memperakui bahawa MLM merupakan salah satu jalan terbaik untuk menjana pendapatan, tetapi dengan syarat utama - Benar-benar berusaha.

Inilah yang menjadi salah satu sindrom yang telah mencacatkan nama MLM di mata masyarakat. Kebanyakan peserta MLM hanya aktif pada peringkat awal sahaja, dan kemudian berharap akan mendapat pulangan yang lumayan. Inilah yang menjadi punca mereka mendapat pulangan yang tidak seberapa, dan akibatnya, skim MLM yang dipersalahkan, tanpa mereka menyedari kesalahan sendiri.

Memang tidak dinafikan banyak syarikat diluar sana yang turut mengakibatkan nama skim MLM ini terjejas. Jadi, kepada mereka yang ingin berkecimpung dalam MLM, pastikan anda memeriksa dahulu latar belakang syarikat, produk yang disediakan, dan akhir sekali marketing plan. Seandainya kesemua ini tidak mempunyai sebarang masalah, maka, cerahkan peluang anda untuk membina pendapatan anda melalui MLM tersebut.

Pastikan anda bersungguh-sungguh dalam MLM ini untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Paling penting, kekal lah bersama 1 syarikat MLM sahaja, kerana jika anda sering bertukar syarikat MLM, maka anda akan menanggung kerugian dari segi kos pendaftaran, dan anda juga perlu membina semula network ada, yang sudah tentu mengambil masa.

Satu lagi masalah yang membuatkan ramai orang tidak mahu menyertai MLM adalah kerana mereka perlu bergerak berseorangan dalam mencari network. Inilah masalah yang membelenggu kebanyakan orang, terutama yang malu dan tidak pandai bercakap untuk mempromosikan produk dan marketing plan. Disebabkan masalah ini, ramai yang membatalkan hasrat untuk menyertai MLM tersebut. Jadi, kami dari Group Insaan 10 ingin menerangkan bahawa setiap ahli yang berdaftar di bawah group kami akan dibantu oleh ramai leader, dan kita akan bergerak didalam kumpulan untuk membantu ahli-ahli yang baru masuk untuk mencari downline mereka.

Bergerak dalam group akan memudahkan kerja, dan mengeratkan hubungan sesama ahli. Manakala bagi ahli yang rajin mencari dan memperkenalkan ahli baru, akan memperoheli Bonus Leadership yang amat lumayan. Keterangan tentang bonus ini akan kami terangkan apabila anda bertemu kami.

Group Insaan 10 akan mengadakan pertemuan pada setiap minggu di kawasan Shah Alam, Wangsa Maju dan TTDI. Kepada yang berminat sila hubungi;

No comments:

Post a Comment