Sunday, August 9, 2009

Al-Insaan Spirulina Plus


Spirulina Plus

Pendedahan yang berterusan kepada cara hidup yang tidak sihat, diet yang kurang seimbang, pencemaran alam sekitar, asap rokok, tekanan, dan sebagainya boleh meningkatkan tahap radikal bebas dalam badan kita secara mendadak. Radikal bebas adalah berbahaya kepada manusia kerana ia bertindak menyerang tisu-tisu sel kita lalu menyebabkan kerosakan sel badan. Dalam jangka masa yang panjang, strok dan sebagainya berlaku. Oleh itu, anti oksidan adalah penting bagi melindungi sel-sel badan daripada diserang oleh radikal bebas dan mengurangkan pengoksidaan badan.

Ramai orang mungkin pernah mendengar tentang pengoksidaan sebelum ini, tetapi kita mungkin tidak menyedari betapa bahayanya pengoksidaan kepada badan kita. Kesan-kesan bagi pengoksidaan boleh dilihat melalui beberapa cara seperti besi mengarat, roti menjadi hapak dan epal akan menjadi warna perang apabila dipotong. Pengoksidaan dalam badan kita juga sama dimana sel badan kita yang normal dan sihat akan menjadi rosak. Ahli-ahli sains menyatakan bahawa ini merupakan salah satu sebab proses penuaan. Al-Insaan Spirulina Plus adalah jalan penyelesaian yang dipercayai dapat mengurangkan keadaan ini.

Dengan penggunaan teknologi baru, Al-Insaan Spirulina Plus telah menjalani proses pengeluaran seperti penanaman, penapisan, pensterilan dan proses pengeringan. Rumpur gandum dan beras perang yang ditambah dapat menambahkan faedah dan khasiat pemakanan dengan membekalkan nutrien yang seimbang dan menyeluruh kepada 60 trilion sel-sel dalam tubuh badan kita. Al-Insaan Spirulina Plus adalah 100% selamat, semulajadi, dan makanan beralkali yang seimbang, dengan itu ia adalah makanan ideal bagi seisi keluarga.

Bahan Ramuan;

1- Serbuk Spirulina.
2- Serbuk Rumput Gambut (Triticum Aestivum).
3- Beras Perang (Oryza Sativa).
4- Aerosil.
5- Magnesium Stearate.

Faedah-faedah;

1- Bertindak sebagai anti-oksidan untuk mengurangkan penyakit-penyakit berisiko.
2- Berkesan sebagai anti-penuaan.
3- Meningkatkan sistem imunisasi dan mengurangkan kesan tindak balas alahan.
4- Meningkatkan sistem penghadaman.
5- Membantu mengurangkan berat badan.
6- Meningkatkan pembentukan dan perkembangan sel-sel darah merah.
7- Mengandungi khasiat yang tinggi
- GLA (Asid Gamma Linolenic).
- Vitamin B12.
- Beta Karoten.
8- Rumput gandum - membantu menghadamkan toksin di dalam tubuh badan kita.
9- Beras Perang - membantu mengurangkan paras kepekatan lipoprotein ketumpatan rendah.

Siapakah Yang Memerlukan Al-Insaan Spirulina Plus?

1- Orang yang terdedah kepada radiasi.
2- Orang yang sedang menjalani terapi radiasi.
3- Orang yang mempunyai diet tidak seimbang.
4- Kanak-kanak yang tidak suka makan sayur-sayuran.
5- Orang yang menghadapi obesiti atau masalah pengurusan berat badan.
6- Orang yang mempunyai kolestrol yang tinggi atau anaemia.

Harga Runcit = RM118
Harga Ahli = RM110
BV = 70

Perjumpaan Group Insaan 10 akan diadakan setiap minggu dimana-mana lokasi.

No comments:

Post a Comment