Monday, August 3, 2009

Al-Insaan Snd Bhd


AL-INSAAN SND BHD (687722-A)

Syarikat Al-Insaan ditubuhkan pada Ogos 2008 bertempat di Seri Kembangan. Al-Insaan merupakan sebuah syarikat naungan Lo Hong Ka International yang terkenal diluar negara dan mempunyai beberapa cawangan seperti di Taiwan, Hong Kong, Singapura, Macau, dan lain-lain lagi.

Lo Hong Ka sebelum ini mengamalkan konsep trading, dimana barangan dijual terus kepada pelanggan dengan harga yang murah. Tetapi, kini pihak pengurusan ingin mencuba teknik yang amat popular pada masa kini, iaitu MLM atau Multi Level Marketing. Melalui konsep baru ini, pelanggan Lo Hong Ka akan dapat menjana pendapatan mereka dengan menjual produk yang disediakan.

Oleh itu, Lo Hong Ka Internationals menubuhkan Al-Insaan yang berpusat di Malaysia untuk merealisasikan konsep MLM tersebut. Al-Insaan akan beroperasi berdasarkan konsep MLM dan produk Al-Insaan akan diambil terus dari Lo Hong Ka International. Dengan itu, para pelanggan tidak perlu ragu kepada produk Al-Insaan kerana produk tersebut merupakan produk Lo Hong Ka yang sudah terkenal bertahun-tahun di pasaran dunia dan memiliki nama dan reputasi yang sangat baik di kalangan pelanggan yang sedia ada.

Oleh kerana itu, Al-Insaan memiliki pelbagai produk termasuk kesihatan, kecantikan, penjagaan kereta dan lain-lain lagi. Tidak seperti syarikat MLM lain yang bergantung kepada satu atau dua produk sahaja, Al-Insaan memiliki kepelbagaian dalam senarai produknya. Ini membolehkan ahli yang berminat memilih pelbagai jenis produk yang diminati untuk dipasarkan, dan menjana pendapatan mereka dengan mudah dan cepat.

Perjumpaan Group Insaan 10 akan diadakan setiap minggu dimana-mana lokasi.

No comments:

Post a Comment